Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
PEMBERITAHUAN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengawal selia industry komunikasi dan multimedia yang kian tercantum. Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (1998), salah satu peranan SKMM adalah untuk melaksanakan dan membangunkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia.
Pembangunan pesat pelanggan industri telefon mudahalih telah memberikan tekanan pada peruntukan dan ketersediaan nombor kepada pembekal perkhidmatan. SKMM telah berunding dengan industri untuk mengatasi masalah ini dan sebagai salah satu langkah untuk mengatasi kekurangan nombor, SKMM ingin mengumumkan bahawa prefik “011” baharu untuk telefon mudahalih kini boleh digunapakai untuk dikongsi bersama oleh pihak penyedia perkhidmatan.
PREFIK “011” BAHARU BERSAMA
NOMBOR TELEFON LAPAN-ANGKA
Sila ambil perhatian bahawa prefik baharu telefon mudahalih telah diberikan untuk dikongsi oleh pemberi perkhidmatan telefon selular awam. Prefik baharu ini adalah tiga nombor pertama diikuti dengan nombor telefon lapan angka. Keputusan untuk membenarkan penggunaan prefik berkongsi baharu “011” merupakan salah satu langkah untuk manampung keperluan pemberi perkhidmatan telefon selular awam bagi nombor-nombor tambahan.
Agihan Prefik “011” Baharu Bersama Nombor Telefon 8-Angka
Prefik “011” bertujuan untuk digunakan secara kongsi oleh semua pemberi perkhidmatan telefon selular awam dengan tujuan menyediakan nombor-nombor tambahan baharu di bawah satu prefik dial umum. Prefik “011” ini akan digunakan bermula pada 15 Disember 2010.
Notis ini ditujukan kepada semua pemberi perkhidmatan (tetap dan mudah alih), pembekal kandungan, pentadbir perangkat penyambungan komunikasi telefon (PABX/PBX), pentadbir sistem perbankan dan pengguna-pengguna lain untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyiapkan sistem mereka selaras dengan penggunaan nombor-nombor telefon 8-angka ini.
Arahan ini adalah untuk mengelak sebarang gangguan perkhidmatan selepas prefik “011” dan nombor telefon 8-angka dilaksanakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pemberitahuan ini sila hubungi:
Jabatan Perancangan Penomboran,
Bahagian Penguntukan dan Pengurusan Sumber,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Off Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +60 3 86 88 80 00
Fak: +60 3 86 88 10 01
Email: np@cmc.gov.my


No comments:
Post a Comment